Perbandingan Antara Penapis Air Coway & Cuckoo

Menjadi perdebatan hangat antara penapis jenama yang mana satukah yang lebih baik di antara kedua jenama terkenal ini. Coway & Cuckoo tidak dinafikan merupakan jenama yang tidak asing lagi, masing-masing mempunyai kekuatan yang setanding. Ia berbalik kepada, apakah keperluan anda dan anda memegang mazhab yang bagaimana. Di sini penulis ingin merungkaikan perbezaan terbesar antara kedua-dua jenama hebat ini.

Coway

Penapis air Coway datang dengan 3 jenis tapisan yakni mineral, alkali dan jugak osmosis songsang untuk memenuhi semua jenis keperluan pengguna. Namun Coway lebih menekankan penapis air osmosis songsang dan mempunyai lebih banyak unit berbanding penapis jenis tapisan lain. Penapis air osmosis songsang Coway menapis 6 peringkat sehingga 0.0001 mikron, tapisan paling maksimum dengan tidak meninggalkan mineral, unsur berbahaya walau sedikitpun. Air yang tertapis merupakan air yang paling bersih bermolekul lembut mudah untuk diserap badan.

Perdebatan hangat berlaku apabila ramai menyangkal bahawa badan juga memerlukan mineral penting daripada air. Namun hujah Coway mengatakan, badan manusia sememangnya memerlukan mineral, tetapi lebih kepada mineral di dalam sayuran dan buah-buahan. Untuk memulihkan ketegangan perdebatan ini, Coway turut mengeluarkan penapis mineral Neo & Harry untuk mereka yang bermazhab manusia memerlukan air bermineral.

Cuckoo

Cuckoo pula tampil dengan semua penapisnya dengan tapisan mineral dengan alkali ringan untuk menyaingi Coway. Berbanding perlu mengeluarkan sebanyak RM7500 untuk penapis alkali Coway, anda boleh dapatkan penapis beralkali Cuckoo dengan harga serendah RM 2000. Rangkaian penapis Cuckoo kesemuanya mengikut piawaian yang ditetapkan World Health Organization (WHO), dari sudut pH, kandungan air, keperluan badan manusia dan sebagainya. Cuckoo sebenarnya sangat bijak untuk memenangi hati pengguna dengan menggunakan standard WHO dalam menghasilkan rangkaian penapis air mereka.

Jadi, di antara kedua jenama ini, yang manakah sepatutnya menjadi pilihan anda? Sebenarnya terpulang, kedua-duanya baik untuk kesihatan keluarga anda. Lebih baik dari minum air paip yang tercemar, atau penapis jenama lain yang diragui tahapan teknologinya.

Leave a Reply